top of page
detektik mat despatch.jpeg
HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Sampai hati anas bunuh anak ibu" | SUAMI BUNUH ISTERI DALAM BILIK HOTEL

Suasana di balai polis pada petang itu nampak seperti hari hari biasa. namun, seluruh anggota dikejutkan, apabila seorang lelaki berjalan longlai dan mengatakan “ tuan, saya sudah bunuh isteri saya” apakah yang sebenrnya terjadi. ikuti kisah ini…

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Stalker paling seram" | STALKER PERTAMA YANG DIDAKWA DI MALAYSIA

Kekayaan dan fam, adalah kemahuan sebilangan orang. Tapi ada satu hal yang menakutkan kalau ada orang terlalu obses dengan kita. Obses sahaja tak jadi masalah, tapi terlalu psiko sampai mengganggu kehidupan dan menjejaskan orang lain… ini sudah lebih.. Itulah yang terjadi kepada wanita dikenali Acacia Diana ini.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Dua hari tak balik" | ISTERI TIKAM SUAMI DALAM RUMAH MAJIKAN

Bahawa kamu Nur Hidayah bt Abdullah pada tarikh 14/10/2017 jam lebih kurang 1.30 petang bertempat di rumah beralamat No. 130A, Jalan Indah 6, Taman Pertama Indah, Sungai Abong, Johor, telah melakukan bunuh ke atas Mohd Firdaus Bin Md Salehuddin. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan mati mandatori.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Abang form 5 tak nak tidur lagi?“ | 8 PELAJAR SEKOLAH AGAMA BUNUH RAKAN SEKOLAH

Pada 28 Mac 2004, ketika itu pukul 12 tengahmalam, mangsa ada bertengkar dengan seorang pelajar tingkatan lima. Namun disangkakan kejadian itu berakhir disitu, rupa rupanya tidak, apabila keesokkannya mangsa dibelasah oleh lapan pelajar tingkatan lima kerana tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang dianggap telah melawan “senior”.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

KEVIN MORAIS - DICULIK, DIBUNUH, DISIMEN | AKHIR HIDUP SEORANG TIMBALAN PENDAKWARAYA

Datuk Anthony Kevin Morais (22 Mac 1960 - 16 September 2015) merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan hilang pada 4 September 2015, dipercayai telah diculik sebelum dibunuh.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

NORITTA SAMSUDDIN - MISTERI PEMBUNUHAN KEJAM YANG MEMBINGUNGKAN MAHKAMAH

Kes pembunuhan Noritta Samsudin, gadis muda berusia 22 tahun yg ditemui mati di bilik rumah sewanya menjadi antara berita sensasi negara sekitar penghujung tahun 2003. Sehingga kini, tiada sesiapa yg didapati bertanggungjawab membunuh mangsa. Noritta merupakan seorang peragawati fesyen sambilan dan eksekutif syarikat di Kuala Lumpur. Mangsa ditemui mati di bilik sewanya di Kondominium Puncak Prima, Sri Hartamas pada 5hb Disember 2003, lebih kurang pukul 4:30 pagi. Dua rakan serumahnya....

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

SITI KHARINA MOHD KAMARUDDIN - DIKELAR ANGKARA LELAKI NIGERIA

Siti Kharina bt Mohd Kamaruddin dilaporkan hilang pada 8 Mei 2019. Pihak polis telah mengklasifikasikan kehilangan sebagai sangat misteri, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak polis namun masih tidak menjumpai beliau. Siti Kharina yang dikatakan kali terakhir dijumpai di parkir hospital serdang dan menaiki kereta jenis Honda City. Tidak lama selepas itu, pihak polis menerima satu laporan mengenai satu mayat di Third Avenue Condo. Rupa rupanya...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

INTAN YUSNIZA - PENGACARA KELAB ANGKASAPURI RTM YANG DIB*NUH BERSAMA IBUNYA

Intan Yusniza Mohd Yunus merupakan seorang pengacara televisyen dan mangsa pembunuhan Malaysia yang kesnya mendapat perhatian seluruh negara. Beliau ialah pengacara rancangan Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pada Jun 1991, beliau bersama ibu angkatnya Haniza Ismail mati dibun*h di pangsapuri di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur antara jam 9.30 malam 22 Jun dan 7.42 pagi 24 Jun. Suspek utama kes ini ialah...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Pembunuh sempat LIVE di Facebook" | PEMANDU GRAB DIB*NUH KETIKA BULAN RAMADAN

Pada 26 Mei 2019, satu laporan polis diterima berkenaan kehilangan seorang pemandu Grab yang dikenali sebagai Mohd Hanafiee Jaffar, berusia 27 tahun dan kira-kira jam 12.30 malam Ahad kereta mangsa ditemukan berhampiran Bazar Ramadan Indah Permai. Beberapa kesan d* rah turut dikesan di dalam kereta mangsa yang berkunci termasuk di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin. Tetapi pada masa ini mangsa masih lagi tidak ditemui. Hasil carian jawatankuasa netizen, mereka berjaya menemui Facebook suspek warga Filipina. Semakan di Facebooknya, suspek terbabit berasal dari Filipina, sempat memuat naik gambar kekasihnya pada jam 5.48 pagi, 24 Mei 2019, hari yang sama Mohammad Hanafiee Jaafar dilaporkan hilang. Suspek juga membuat video live di Facebooknya yang menunjukkan dia bersantai sambil menyanyikan beberapa lagu popular.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"kisah MAYAT didalam kotak tv"| BUNUH TEMAN WANITA KERANA CEMBURU

Pada 6 mei 2005 hari jumaat, Mayat Seorang wanita lingkungan usia 20 an tanpa sebarang identiti telah ditemui didalam sebuah kotak televisyen LG 29 inci dalam keadaan menyayat hati berhampiran kediaman kakitangan Universiti Malaya (UM) di Jalan 12/5. Ketika ditemui, kotak tersebut ditutup rapat dengan pita pelekat. Keadaan badan mangsa juga dilaporkan ada kesan lebam dan pendarahan pada mukanya. Pada 11 Mei 2005, Misteri mayat mangsa terjawab apabila pihak polis mengenal pasti identiti mangsa. Mangsa ialah seorang kerani di sebuah syarikat landskap iaitu....

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Dibungkus seperti mumia" | PENGUSAHA HOMESTAY TANAM PELANCONG DI PULAU TIOMAN

Seorang pelancong wanita dari Perancis ditemui mati di Pulau Tioman. Wanita itu telah datang ke Pulau itu untuk bercuti namun tiada siapa menduga tragedi itu menimpanya. Kehilangannya hanya disedari oleh ahli keluarga, apabila wanita tersebut tidak menghubungi mereka. Dengan bantuan kedutaan Perancis di Singapura, ahli keluarganya meminta menjejaki mangsa. Hasil siasatan PDRM, berjaya mengesan jejak mangsa yang kali terakhir mendaftar masuk ke pulau tioman dan tidak ada rekod keluar.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

“Mayat didalam tangki air” I LELAKI DITEMUI TERAPUNG DIDALAM TANGKI AIR NEGERI SEMBILAN

Apakah sebenarnya telah terjadi kepada lelaki ini. Pad julai 2018, ayah kepada lelaki ini telah pun membuat satu laporan polis atas kehilangannya. Namun selepas 6 bulan, mayat lelaki ini ditemui terapung didalam tangki air SAINS di Felda Palong 2 Jempol. Tiada siapa yang tahu apakah yang telah berlaku Pada hari kejadian. Pelbagai andaian dan spekulasi telah dikeluarkan oleh masyarakat. Ikuti kisah ini...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

“Ketawa dikenakan hukuman mati” I RAKAN SEKERJA TETAK KAWAN KETIKA TIDUR

Seorang pemilik premis datang ke pusat penyembelihan ayam miliknya setelah mendapat aduan daripada jirannya yang terbau benda yang busuk di premis tersebut. Setelah membuka pintu premis itu, alangkah terkejutnya apabila mendapati 2 mayat bergelimpangan dalam keadaan menyayat hati dengan kesan tetakan diseluruh badan. Apakah sebenarnya telah terjadi pada hari kejadian, ikuti kisah ini...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

KISAH "Orang Putih" PERTAMA DIHUKUM G4NTUNG DI PENJAR4 PUDU PADA TAHUN 1983

Ketika negara Malaysia berusaha menuju ke sebuah negara yang maju, pelbagai undang undang telah digubal termasuklah undang undang berkaitan dengan d- dah. Di bawah kepimpinan Perdana Mneteri Dr Mahathir Mohammad, parlimen telah menggubalkan pengedar d- dah dikenakan hukuman m*ti jika didapati bersalah. Tapi tahukah anda siapa manusia pertama dikenakan hukuman m*ti ini? mereka adalah dua pasangan daripada negara Australia, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Australia bagi menekan Malaysia untuk membebaskan dua rakyat mereka ini, tapi malangnya Kerajaan Malaysia langsung tidak berganjak dengan keputusan yang telah dilakukan...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Dibunuh dalam rumah sendiri” I TIMBALAN PENGARAH DIBUNUH SEMASA PUASA KETIGA

Masuk hari ketiga Ramadan 2011, masyarakat islam gembira meraikan bulan yang mulia tersebut. Pastinya umat islam bersyukur dalam menjalani ibadah puasa yang sentiasa dinantikan itu. Namun, siapa sangka disebalik rasa gembira umat islam itu, seorang wanita menemui ajal apabila dia dibunuh oleh perompak yang memecah masuk ke dalam rumahnya. Semoga kisah ini dijadikan pengajaran, ikuti kisah menyayat hati ini....

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Anak ketagih bau petrol" | BUANG MAYAT IBU DALAM TANGKI BELAKANG RUMAH

Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawanya demi melahirkan seorang anak. Kemudian, Mereka sanggup berpayah berhujan panas mencari rezeki untuk memastikan anak anak tidak kelaparan. Biar diri mereka sakit, jangan anak anak dalam penderitaan. Itulah pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan seorang anak menjadi insan yang berguna kepada agama dan masyarakat. Lain pula Kisah kali ini yang telah merobek jiwa kami, air mata tidak dapat ditahan lagi. Sanggup seorang anak membunuh ibu kandungnya, dan mencampakkan mayatnya kedalam sebuah tangki. Di mana akal kewarasanmu wahai anak. Ikuti kisah ini...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Wanita dalam tangki najis" | 4 MISTERI YANG BELUM TERUNGKAI DI MALAYSIA

Banyak peristiwa peristiwa lampau yang masih menjadi tanda tanya Kepada kita. Sehingga kini misteri ini tidak dapat dirungkai walaupun ianya telah lama berlaku. Siapa dalang disebalik kejadian ini? Ianya kekal misteri...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Badan dipotong-potong" | PENGUSAHA TEKSTIL DAN PEMBANTU DIBUNUH DI SUNGAI BULOH

Kejadian ini berlaku sekitar tahun 2019, apabila seorang pengusaha tekstil datang ke Malaysia. Namun ketika hari yang sepatutnya dia kembali ke Indonesia, jejaknya tidak dapat dikesan. Tidak lama selepas itu, berita televisyen Indonesia menyiarkan laporan mayat lelaki dan wanita warga Indonesia ditemui di Sungai Buloh Malaysia. Firasat isteri kepada lelaki itu benar, apabila dia sangat pasti korban itu adalah suaminya.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Campak dalam gaung" | TEMAN LELAKI BUNUH ANAK KEKASIH BERUSIA 3 TAHUN

Seorang kanak kanak telah hilang semasa didalam jagaan teman lelaki ibunya. Seorang wanita mendesak lelaki tersebut menyerahkan anaknya dan bermacam helah dilakukan oleh lelaki tersebut. Seorang lelaki yang mendapat gelaran Rambo Bentong berjaya ditumpaskan pihak polis selepas menetak seorang anggota polis di Bentong. Lelaki ini melakukan pelbagai kegiatan jenayah yang menakutkan penduduk disekitar Bentong Pahang.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"26 objek di langit" | 3 KISAH TRAGEDI ERA 90 AN YANG MENGGEMPARKAN NEGARA

Pelbagai kisah yang pernah berlaku di negara bertuah Malaysia. 3 kisah yang dipaparkan kali ini pernah menjadi antara berita paling sensasi era 90an. Mari kita ikuti kisah ini..

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

AL ARQAM - KUMPULAN DIFATWA SESAT MEMPUNYAI RM500 JUTA EMPAYAR PERNIAGAAN

Gerakan Dakwah Jemaah Darul Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad, ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994 Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian. Pengasasnya, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. Jenazah beliau telah dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

TERBUNUH DI KARAK 11 NYAWA ANGGOTA FRU - TRAGIK DISEBALIK LAGU PUSARA DI LEBUHRAYA NYANYIAN EKAMATRA

Kisah di lagu pusara di lebuhraya pastinya cukup popular terutama bagi peminat peminat Rock, tetapi ramai yang tidak tahu kisah di sebalik lagu ini tersimpan kisah yang menyedihkan di setiap bait bait liriknya. Kejadian pada tahun 1978 yang mengorbankan 11 anggota FRU di lebuhraya Karak meruntun Jiwa tatkala mendengar lagu ini. Ikuti kupasan rahsia di sebalik lagu Pusara Di Lebuhraya...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

KEMATIAN TRAGIK TAN SRI YAHYA AHMAD, PENGERUSI DRB HICOM PADA TAHUN 1997!!!

Tan Sri Yahya Ahmad ada Pengerusi DRB Hicom pada tahun 1997, malangnya beliau terbunuh didalam satu nahas helikopter di Kuala Lipis semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu untuk melawat ibunya yang sedang sakit tenat. Wujud pelbagai cerita yang mengatakan ada unsur unsur konspirasi untuk membunuh beliau. Dalam nahas ini, bukan sahaja membunuh beliau, malah turut mengorbankan isterinya yang tercinta iaitu Puan Sri Rohana Othman, serta juruterbang Mejar Azlizan. Ikuti kupasan lanjut kes ini....

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

AMINULRASYID AMZAH - REMAJA 14 TAHUN YANG DITEMBAK M4TI OLEH ANGGOTA POLIS TAHUN 2010

Kejadian ini amat menggemparkan seluruh tanah air. Berita Berita tempat menjadikan isu ini sangat hangat sehingga KDN mendapat tekanan daripada org awam bagi menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat kes ini. Aminulrasyid adalah seorang remaja berusia 15 tahun, yang ditembak kerana cuba melarikan diri dari sekatan pihak polis.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

ALTANTUYA DITEMBAK DAN DIBOM MENGGUNAKAN C4 - KONSPIRASI DISEBALIK PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHAARIIBUU

Siapa yang tidak mengenali Altantuya Shariibuu, seorang penterjemah dan model yang dibunuh dengan cara yang tersangat kejam. Tidak tercapai dek akal kewarasan manusia untuk membunuh orang dengan meletupkan mayatnya. Pelbagai konspirasi kes ini kerana pembunuhan kejam ini dikatakan melibatkan orang orang kenamaan di Malaysia. Mungkin ada yang tertanya tanya bagaimana kejadian sekejam ini boleh terjadi di Malaysia. Kami kupaskan siapa dalang di sebalik pembunuhan ini.....

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Penglibatan VVIP?" | DUA PEMBUNUHAN ARTIS MALAYSIA YANG JARANG DICERITAKAN

Didalam kisah kali ini, kami cerita dua kisah pembunuhan artis Malaysia yang mungkin jarang diceritakan. Pembunuhan pertama dikatakan melibatkan vvip dan anak seorang Menteri. Manakala pembunuhan kedua melibatkan rakan yang dikenali mangsa

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Most wanted, MEMALUKAN Singapura" | BERENANG DARI SINGAPURA KE JOHOR BAHRU

Nama Mas Selamat mungkin tidak dikenali budak budak zaman sekarang. Dia cukup popular pada tahun 2008 kerana digambarkan sebagai penjenayah paling dikehendaki di Singapura. Dia berjaya melarikan diri daripada penjara singapura yang dikenali salah satu penjara paling ketat didunia dan hanya berenang ke Malaysia untuk bersembunyi. Cerita ini..bermula…

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Dirobek perut sebelum dibakar" | BAKAR KEKASIH SOROK KEHAMILAN

Perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar oleh teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, Isnin 22 mei 2023.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Sumbat lampin dalam mulut" | IBU DALAM PANTANG DIBUNUH SEBELAH BAYI

Pada malam 4 mac 2015, seorang Wanita dikenali Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 24, masih dalam pantang ditemui mati dipercayai dibunuh dalam bilik di rumahnya di Tingkat 8, Mentari Court, Bandar Sunway Petaling Jaya. lebih mengejutkan wanita itu ditemui separuh bogel dengan kedua-dua tangan dan kakinya terikat bersama bayi perempuannya yang sedang tidur di sisi, kira-kira 8 malam.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Tanam mayat belakang rumah" | TAKUT RAHSIA TERBONGKAR SANGGUP BUNUH KAWAN SEKAMPUNG

Baru berumur 15 tahun, remaja lelaki ini dibunuh kemudian mayatnya ditanam dibelakang rumah pembunuhnya. Tiada siapa sangka pembunuhnya adalah kawan sekampungnya. Ikuti kisah menyayat hati ini…

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Maafkan kakak, kakak tak sengaja!" | KAKAK BALING PISAU TEPAT KE LEHER ADIK

Ibu….kakak tak nak masuk neraka” maafkan kakak… itulah luahan seorang anak apabila dia secara tidak sengaja telah menyebabkan kematian adik lelakinya pada tahun 2022. Pergaduhan dua beradik ini, berakhir dengan kematian yang sungguh menyayat hati. Apakah sebenarnya telah terjadi, ikuti kisah ini…

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Bersalah tapi tak dihukum" | REMAJA HILANG MAYAT DITEMUI BAWAH PELEPAH SAWIT

Apakah perasaan ibu bapa apabila melihat anak yang mereka besarkan, akhir terbaring kaku tidak bernyawa di dalam ladang kelapa sawit. Mangsa dibunuh dengan tikaman yang bertalu talu ditubuhnya tanpa belas kasihan. Bagaimana kisah sedih ini bermula, jom ikuti kisah ini….

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

DIMANAKAH HILANGNYA ZALINA AZMAN SEJAK 2021?

Ketika negara dilanda pandemik, negara kita digemparkan dengan kehilangan seorang bekas pembaca berita yang cukup terkenal di era 90 an dan 2000. Misteri kehilangannya cukup membinggungkan pihak polis dan menjadi tanda tanya, begini kronologi kehilangan Zalina Shaharah Azman.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

'PRANK membawa Maut' | REMAJA TERPERANGKAP, TANDAS DIBAKAR KAWAN

Rindu.. Kerinduan seorang ibu kepada anaknya yang telah meninggal dunia amat memilukan. Tiada ungkapan dapat menggambarkan perasaan kerinduan kepada insan tersayang yang berbeza alamnya dengan kita. Itulah yang dirasai oleh seorang ibu apabila anaknya menjadi mangsa pembunuhan atas sikap “gurauan” kawan baiknya sendiri. Ini lah kisahnya…

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Saya suka masuk neraka!" | USTAZ SEKOLAH AGAMA DITUDUH BXNUH MURID DARJAH SATU

Pada 31 mac 2011, jam menunjukkan pukul 6 petang, seorang warden telah memanggil seorang murid darjah satu ke biliknya. Warden itu mendapat laporan bahawa mangsa telah mencuri. Namun tiada siapa sangka, soal siasatnya di bilik warden itu berakhir dengan tragedi. Apakah sebenarnya telah terjadi pada hari kejadian. Ikuti kisah ini....

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Baru balik berdakwah" | KISAH USTAZ MURTADHA DAN USTAZ WADI KEMALANGAN

malam 3 januari 2018, Empat cedera, termasuk tiga penceramah agama selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara. Dalam kejadian jam 7.04 malam itu, penceramah bebas yang memandu Nissan Grand Livina, Ustaz Mohd Murtadha Mohd Yussof, 30 dan penumpang hadapan, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub, 35, cedera parah. Seorang lagi Rakan mereka, ustaz Muhd Hambali Zulkifli, 28 dan bapa ustaz Mohd Murtadha, yang duduk di bangku penumpang belakang cedera ringan.

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

"Kenapa aniaya saya?” | KRONOLOGI FAISAL HALIM DISIMBAH ASID DI DAMANSARA

Disifatkan sebagai pemain lincah setiap kali mengawal bola di atas padang, aksi Faisal Halim membuatkan banyak mata terpegun dan mengidolakan dirinya. Namun, kejadian beliau disimbah asid menjadi titik hitam didalam kehidupannya. Ikuti kisah ini...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-

'Siapa bunuh anak kami?’ I PELAJAR TAHFIZ DITEMUI TERGANTUNG DALAM TANDAS SEKOLAH

Mayat seorang pelajar tahfiz ditemui tergantung didalam tandas asrama, kes ini cukup mengejutkan seluruh Negara. Masakan tidak, sekolah ini adalah sekolah ternama yang sudah melahirkan ramai golongan hafiz yang cemerlang. Apa sebenarnya telah terjadi kepada mangsa. ikuti kisah ini...

HD-wallpaper-black-metal-mesh-black-metal-black-metal-texture-black-metal-background-with-
bottom of page